assalamualaikum…
aku tak tau nak type ape hari nih tp rasa nak menaip jugak…
so, sempena bulan Ramadhan yg mulia nih, marilah sama2 kite berkongsi ttg fadhilat2 yg terkandung didalamnye…
semua nih aku petik daripada internet dan sumber2 yg boleh diyakini..insya Allah..;)
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
- betapa untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W…
bermacam2 rahamat dan kelebihan Allah kurniakan kepada kita…
tp ingatlah, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah puasa juga menuntut kite meninggalkan perkara2 yg di larang Allah dan melakukan perkara2 yg disuruh oleh Nya…
pada bulan Ramadhan lah amalan2 sunat yg kite lakukan akan mendapat ganjaran seperti ibadah wajib dan ibadah wajib yg dilakukan pula akan mendapat ganjaran yg berlipat2 kali ganda…
sama2lah kite menambahkan lagi amalan di bulan yg mulia ini…insya Allah….
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
- so, jgn la korang meninggalkan sahur…sunat tu…sgt2 digalakkan sehingga Allah dan malaikat pun kirim rahamat pada org yg bersahur…
at least minum air kosong and buah kurma sebijik pun dah cukup…
takkan bgn minum air kosong pun tak leh kot?
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
- oleh itu, marilah kite memperbanyakkan lagi doa kite dan memohon kebaikan kepada Allah…
ini janji Allah…bukan janji sembarangan…berdoalah kepada Nya, nescaya Dia akan makbulkan doa kite…
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
- tgk tu, puasa sampai mati pun tak dpt ganti tau…
so, jgn lah ponteng puasa, kecuali kepada golongan yg diboleh dan mendapat rukhsah…
klu saje2 nak ponteng atas sbb2 yg sepatutnye boleh dielakkan, insaflah….
wallahu’alam.
sampai sini dulu….
salam.
akhbarino
11:48am
texchem subang