Something to think about…
assalamualaikum…
pagi ni aku bukak blog member aku…
ade satu post dia tu amat menarik gak…
menyentuh hati gak kot…
aku dah mintak izin nak copy post tu dlm bolg aku nih…
bila dia dah bg izin nnt aku post kat sini…
tp yg aku nak bgtau nih ialah post dia tu mengingatkan aku pada satu post yg penah aku post kat blog aku yg lame…
tajuk dia Something to think about..
here it is…
Something to think about
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak
membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih,
tiada salahnya menyintai seseorang,
kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu
cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu,
tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas
dan jujur,
jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.Bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu,
walau setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun,
cara kita
mengendalikannya berbeza.Sekiranya kita
bercinta dgn seseorang yang begitu menyintai diri kita,
dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang
harus dipersalahkan,
relakanlah cinta
itu pergi,
kerana setiap
yang berlaku ada maksud yang tersembunyi,
dan kita akan
menyedarinya apabila masa silih berganti.Ingatlah untuk
jangan terlalu memilih cinta,
kerana cinta itu
sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapa,
apabila ia datang
mengetuk pintu hati mu,
terimalah
kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya,
Nikmatinya
sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia.Cinta sentiasa
dan selamanya akan menjadi misteri,
Bersyukurlah
kerana ianya pernah singgah di hati kamu,
Semoga kita
dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur….
The end. =)
aku tak igt aku dapat kat mana post nih…
maybe kat website tokeikedai kot…
ntah la…
lupa plak nak credit kat penulis dia…
tp yg kat atas nih bukan tulisan original…
ade la aku olah sket2…
utk lebih sedap dibaca…hehehe…
sampai sini dulu…
salam.
akhbarino
10:34am
ofis famous amos
Comments(1)